MEMO: PENGUMUMAN PENTING
Memandangkan Tugasan bagi subjek ini membawa sebanyak 60% daripada jumlah penilaian, satu sesi pembentangan akan diadakan untuk subjek ini. Tujuannya adalah untuk pembentangan Tugasan oleh pelajar dengan menggunakan powerpoint. Pelajar hanya perlu membuat pembentangan untuk SATU soalan sahaja (iaitu soalan yang membawa 40 markah). Tempoh masa pembentangan adalah seperti berikut:
: Tempoh masa pembentangan: 5 minit
memandangkan masa adalah terhad, memadai menyediakan 4-6 slaid sahaja
:: Sesi soal jawab dengan Tutor: 5 minit
:: Apa yang perlu dibentangkan: Satu soalan sahaja
iaitu soalan yang membawa 40 markah
:: JUMLAH: 10 minit
Kehadiran untuk sesi pembentangan ini adalah diwajibkan (untuk kedua-dua pelajar OL dan face2face) dan ianya akan dibuat sebelum T5 dan sebaik sahaja selepas deadline penghantaran Tugasan. Mohon rujuk dengan pentadbir/pengarah di pusat pembelajaran anda berkenaan tarikh dan masa sesi pembentangan ini.
Semasa sesi pembentangan, pelajar juga perlu membawa sendiri cetakan jawapan Tugasan mereka (versi yang sama yang diupload oleh pelajar di myVLE). Semasa sesi pembentangan ini, pelajar perlu membuktikan yang aturcara yang ditulis untuk Tugasan adalah atas usaha mereka sendiri
Untuk makluman, sesi pembentangan ini tidak menyumbang apa-apa markah untuk Tugasan dan pelajar hanya akan diberikan gred Memuaskan, Tidak Memuaskan A atau Tidak Memuaskan B bergantung kepada prestasi mereka semasa sesi pembentangan dan soal jawab. Jika gred pelajar adalah Tidak Memuaskan A semasa sesi pembentangan, markah Tugasan mereka akan dipotong di antara 30%-40% markah. Jika gred pelajar adalah Tidak Memuaskan B, markah sifar (0) akan diberikan untuk Tugasan pelajar terbabit.
Sekian dan harap maklum.
Dekan
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia
Open Univeristy Malaysia (OUM)
Bertarikh: 30 Jan 2012
Sumber : MyVLE 2012 (OUM)
No comments:
Post a Comment